Konsultan

KONSULTAN SPIRITUAL
Foto Aura Dr.Rizal melakukan Terapi Rawatan Spiritual kepada Encik Saiful Norahim
Assalamu’alaikum..Perkenalkan, saya Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D . Saya menetap di Kuching Sarawak,Malaysia. Sejak tahun 1991, saya melayani masyarakat dalam bidang konsultasi spiritual untuk membantu memberikan solusi mengatasi semua problematik hidup.

Kini saya hadir di dunia maya (internet), atas kuasa dan kehendak Allah SWT dengan mengharap dan memohon keridhaan dari Allah SWT, untuk membantu anda sekalian yang memerlukan bantuan spiritual. Saya tahu, banyak bantuan spiritual yang ditawarkan di tengah masyarakat. Tetapi ada tips dari saya, sebelum mencari bantuan spiritual dalam bentuk apapun itu : silakan untuk berdoa dulu memohon petunjuk kepada Allah SWT sesuai dengan keyakinan anda, agar anda tidak salah arah atau keliru menentukan jalan yang akan anda lalui.

Alasan Utama Saya Sediakan Konsultasi Spiritual

Sebenarnya, kemampuan spiritual saya hanya saya gunakan untuk diri sendiri dan keluarga serta murid-murid saya, atau teman-teman dekat saya. Namun lama kelamaan secara dari mulut ke mulut dengan berjalannya waktu saya dikenal berbagai kalangan/lapisan/golongan masyarakat.Sejak kecil Dr.Rizal dikesan memiliki bakat spiritual luarbiasa yang agak sulit diceritakan pada masyarakat umum.Lahir dari latar belakang Keluarga yang memiliki kemampuan spiritual dan kebatinan yang tinggi.

Darah spiritual dalam diri Dr.Rizal mengalir dari ayahnya, Allahyarham Ayah beliau yang semasa hidupnya merupakan seorang Mahaguru Silat Kuntau,Spring 12,dan pelbagai jenis aliran silat dan merupakan Mahaguru kebatinan yang disegani yang telah teruji dan terbukti kemampuannya sebagai Pakar Bela Diri dan perawat alternatif yang cukup terkenal oleh masyarakat ditempatnya. Disebelah ibu Dr.Rizal pula neneknya merupakan perawat handal yang memiliki kemampuan luarbiasa dalam perubatan.

Di Usia Dr.Rizal masih muda dan remaja,beliau banyak memanfaatkan masa remajanya untuk mendalami berbagai ilmu spiritual, termasuk diantaranya Ilmu Hikmah,Kebatinan serta mempelajari pencak silat pelbagai aliran dan tenaga dalam haq. Kecintaan yang mendalam Dr.Rizal terhadap dunia spiritual membuat beliau banyak meluangkan waktunya untuk mengasah kemampuan spiritual dan mengkaji ilmu supernatural.

Seiring dengan meningkatnya usia dan Dr.Rizal semakin dewasa,beliau mula berani untuk menuntut ilmu ke luar Negara sehingga ke seluruh Nusantara telah beliau pergi demi untuk menimba ilmu pengetahuan yang berharga.Dengan berkat ketekunan,kesungguhan dan kesabaran serta ketabahan yang tinggi akhirnya telah tertubuh sebuah Perguruan Haq yang MeLagenda serta Tersohor baik dari dalam mahupun luar negeri yang diberi nama “AKADEMI META-PARAPSIKOLOGI SPIRITUAL HAQ ANUGERAH AGUNG”

Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada anda kerana melayari website ANUGERAH AGUNG-(http://www.AkademiMPSHaq.com) kami bagi menatap maklumat berkenaan dengan kegiatan-kegiatan dari ANUGERAH AGUNG iaitu sebuah Akademi Parapsikologi berperanan juga menjalinkan kerjasama dan usaha diantara kami di ANUGERAH AGUNG dengan beberapa pakar Paranormal dan Supernatural di Malaysia.

          Kami akan paparkan kepada anda beberapa maklumat yang sangat menarik terutama yang menjadi penggemar kepada dunia Metafizik atau Ilmu Ghaibiah. Kami akan dedahkan kepada anda beberapa ilmu yang bersifat ghaib dan tersangat ghaib sehinggakan payah ditafsirkan sampai kepada ilmu-ilmu yang mudah ditafsirkan atau diilmiahkan secara Saintifik.

          MENGAPA PERLU ANUGERAH AGUNG? Kerana di abad 21 ini masalah seperti paranormal, hantu, jin, syaitan, sinar ozone (tenaga dalam) dan misteri kekuatan ternyata menjadi tajuk yang paling ramai dibicara, dibincangkan malah juga diseminarkan. Ianya tidak hanya berlaku di Malaysia malah meliputi hampir kesemua negara termasuk negara-negara maju.

         ANUGERAH AGUNG kini cuba mengajak manusia untuk berfikir secara ilmiah pada perkara-perkara yang bersifat Metafizik dan menghindari perbuatan-perbuatan yang condong ke arah kesyirikan. Kita boleh percaya bahkan wajib bagi umat Islam untuk meyakini bahawa perkara-perkara yang bersifat ghaibiah memang wujud, namun bukan bererti terjerumus dalam perkara-perkara yang negatif & boleh membawa kepada syirik. Namun demikian tidak mungkin dapat disangkal baik dari sudut agama mahupun disiplin ilmu pengetahuan bahawa misteri yang menyelubungi keghaiban masih banyak diperbincangkan / diperbahaskan samada pro dan kontra dengan bermacam-macam bahasan dan pendapat sehingga menimbulkan pelbagai pendapat dan percanggahan yang berpanjangan dan tidak berkesudahan.

          Oleh itu ANUGERAH AGUNG tampil ke depan dan berusaha sebaik mungkin untuk meninjau dari berbagai disiplin ilmu dan sejarah yang dikemaskan dari beberapa sudut seperti falsafah, psikology, parapsikology, agama dan fizikal sebagai penjelasan samada positif (yang boleh digunakan) atau negatif (yang perlu dihindari).

      ANUGERAH AGUNG mempunyai mentor-mentor (guru-guru) yang berpengalaman dari sudut dan ilmu Metafizik yang saling berganding bahu dalam memberikan pengetahuan, kesedaran dan kefahaman.

        Siapapun anda walaupun tua atau muda,lelaki atau wanita dan siapa sahaja dapat menimba ilmu dan berlatih melalui ANUGERAH AGUNG dengan lapang dada.Hanya bergantung dari KEMAHUAN anda sendiri. Bagaimana? Jika anda telah memantapkan diri anda,maka lanjutkan keinginan anda untuk menjadi suatu kenyataan……………the power of ZIMA.

Saya merasa bahagia kerana dapat membantu mereka yang sedang mengalami kesusahan dan terhimpit permasalahan yang seolah tidak ada jalan keluar lagi, tetapi setelah berikhtiar secara spiritual kemudian mereka boleh kembali tersenyum dan mengatakan : masalah saya selesai…Segala Puji bagi Allah…Alhamdulillah…

Selama ini saya terlalu sering mendengar atau menerima keluhan tentang banyaknya orang yang tertipu oleh paranormal penipu yang mengaku ‘orang pintar’. Ya…mereka sudah menghabiskan ratusan ribu untuk urusan hajat mereka. Tetapi hasilnya Zero ! Mahu menuntut rasanya takde gunanya, mahu mengadu kemana pun bingung tak tahu harus mengadu ke siapa.

Apa sebenarnya indikator seseorang telah ditipu oleh ‘orang pintar’ ? Bila anda datang meminta konsultan atau bantuan kepada seseorang yang disebut ‘orang pintar’, lalu hajat anda gagal atau tidak berhasil sesuai dengan yang diharapkan, bukan itu tolok ukurnya.

Yang menjadi indikatornya adalah : ‘orang pintar’ tadi meminta bayaran yang sangat tinggi, bahkan terasa mencekik leher bagi orang yang wangnya cukup-cukup makan, lalu memberikan konsultan dan penjelasan atau perintah yang sebenarnya tidak logik, meminta agar klien tersebut melakukan syarat-syarat yang dirasa aneh dan pelik bagi orang awam, serta syarat yang memberatkan atau menyiksa diri sendiri. Setelah itu, keinginan tidak tercapai, padahal sudah habis berates hingga beribu-ribu ringgit untuk menuruti syarat si ‘orang pintar’ tadi.

 Sudah Jatuh Tertimpa Tangga!!!Yang mengaku orang pintar sebenarnya memintari anda, kerana baru mengalami sesuatu masalah  anda kadangkala tidak mampu berfikir logik sebab kebingungan mencari solusi dengan itu maka justeru dimanfaatkan oleh golongan yang mengaku orang pintar sebab dianggap kesempatan mereka untuk membodohi serta menipu anda dan secara material wang anda diperas habis oleh mereka. Dengan segala tipu daya akal auta mereka bagaimana meramal diri anda, bahkan untuk menyakinkan diri Anda mereka mempamerkan permainan silap mata/ilusi agar anda yakin.

Hal itu banyak dialami masyarakat sekarang. Yang memang tidak tahu menahu tentang dunia spiritual, yang penting bebas lepas dari masalahnya, namun apalah daya justeru terjebak dalam kerugian yang sangat nyata.

Jenis Konsultan Spiritual

Anda boleh berkonsultasi tentang problem kehidupan anda seperti: bimbingan Keilmuan,kerezekian, bisnes, jodoh, rumah tangga, karier, jabatan, bela diri, kesihatan, penyakit, dsbnya.

Prinsip bantuan saya sangat transparan dan sebatas kemampuan saya. Saya akan katakan sesuatu secara jujur tentang peluang problem anda. Bila mudah diatasi, maka akan saya katakan boleh diatasi. Tetapi bila sulit atau peluangnya kecil, saya akan katakan demikian. Saya tidak akan memaksakan diri bahawa sesuatu hajat harus berhasil. Kerana segala sesuatu di muka bumi ini sudah mempunyai ketetapan dan takdirnya masing – masing. Itu kuasa Ilahi.

Saya membantu anda melalui doa yang saya panjatkan kepada Allah SWT. Saya hanya meminta pertolongan dan petunjuk kepada-Nya, lalu saya pasrahkan apapun hasilnya kepada Allah.

Walaupun saya menyediakan layanan konsultasi, tetapi tidak semua persoalan akan saya terima atau saya jawab. Saya tidak menerima konsultasi sehubungan dengan hal – hal ini

Saya tidak menerima konsultasi berhubung dengan hal - hal dibawah ini:

Perundingan perniagaan atau usaha yang berkaitan langsung atau tidak langsung dengan perjudian serta unsur maksiat lain. Semua masalah yang berbau judi atau permainan sejenisnya saya tidak melayani.

Perundingan perjodohan yang mana salah satu pihak atau kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) masih terikat perkahwinan yang sah dengan orang lain.
Permintaan untuk mencelakakan atau menyengsarakan orang lain.

Soalan yang isinya semata-mata mutlak mengandungi soalan ramalan masa depan, misalnya: bagaimana masa depan saya di Tahun 2019? Apakah saya akan berjaya dalam projek ini? Dan pertanyaan sejenis ini yang lain. Soalan semacam ini menjurus ke masalah ramal - meramal, dan maaf ... saya tidak melayani.

Terhadap problem selain diatas, saya akan menjawab secara jelas. Ada ikhtiar baik spiritual mahupun lahiriah yang mungkin perlu anda lakukan. Tanpa berupaya apapun dan hanya berpangku tangan, mustahil destinasi anda akan tercapai. Mengapa demikian? Kerana kita manusia terikat dengan hukum alam (sunatullah). Seperti penjelasan saya sebelum ini, bahawa kita diberi akal dan fikiran serta hati yang harus berjalan seimbang, dimana keduanya harus dipergunakan untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran.

Investasi Konsultasi dan Prosedur Perkhidmatan

Investasi perkhidmatan Konsultan Spiritual adalah percuma secara online anda sudah boleh Konsultan dengan saya, dengan jumlah soalan bebas sebanyak- banyaknya dalam satu kali penghantaran e -mel. Inilah salah satu bonus perkhidmatan saya.Yang saya maksudkan percuma adalah perkhidmatan membalas kembali email pertanyaan yang anda kemukakan kepada saya akan tetapi bayaran untuk Terapi dan Rawatan Spiritual adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam website/blog. Diharap Anda semua dapat menghargai masa saya,jika ditempat lain Anda akan dikenakan caj bayaran untuk Konsultan sahaja,tapi itu terpulang,itu hak masing-masing,saya menghormati kaedah semua orang!!! 

Sehubungan dengan banyaknya e -mel yang masuk, maka paling lambat 3 x 24 jam e-mail anda pasti saya jawab. Khusus e -mel yang masuk pada hari Ahad , akan saya jawab pada hari Isnin - Jumaat . Saya mempunyai sistem dokumentasi khusus sebagai database saya, sehingga semua e - mail dapat diketahui statusnya, apakah sudah dijawab atau belum , termasuk apakah transfer investasi Terapi Rawatan Spiritual sudah diterima atau belum.

Berikut ini syarat dan peraturan Konsultan Spiritual dengan saya:

1 . Kirimkan soalan problem anda hanya melalui e- mail ke : masterrizal9000@yahoo.com. Jelaskan dengan lengkap identiti anda mulai dari nama , umur , tarikh lahir, nama ayah kandung, alamat, dan agama anda.
2. Cantumkan foto anda dalam format JPG atau JPEG,. Jika permasalahan menyangkut problem orang lain, cantumkan juga foto dan data diri. Jangan lupa berikan nama fiel masing- masing foto sesuai dengan nama asli , agar saya mudah untuk membuat rujukan nanti . Sekali lagi, saya menjamin keselamatan dan privasi anda. Jadi jangan bimbang akan keselamatan data - data anda.
3. Jelaskan dengan terperinci soalan dan problem anda . Bila menyangkut kesihatan atau penyakit , jelaskan pula riwayat perubatan serta rawatan atau rawatan apa saja yang sudah dijalani . Termasuk di dalamnya penjelasan doktor bila ditangani secara perubatan , atau rawatan alternatif bila pernah ditangani secara alternatif.
4. Sebelum menghantar e -mel dan foto , pastikan anda sudah mengedit atau memeriksa semula pertanyaan anda. Kekaburan data yang anda sampaikan boleh mengakibatkan lamanya proses pemeriksaan .
5. Selepas e - mail dihantar ... dan Anda telah setuju untuk mendapatkan Terapi Rawatan Spiritual sila lakukan transfer pembayaran Wang , -
6. Sila transfer bayaran Terapi Rawatan Spiritual kepada:
BANK:Maybank  NO.AKAUN:111186092917 atas nama MOHAMAD RIZAL BIN ROSDI .
7. Bila transfer sudah selesai , segera lakukan pengesahan via SMS ke nombor : 0128802035, dengan format SMS/MMS sebagai berikut:
TRANSFER_ NAMA ANDA_ JUMLAH WANG_ JAM TRANSFER _HARI / BULAN TRANSFER
8. .Resit bayaran boleh di hantar melalui Perkhidmatan MMS/Email,Whatsapp dn sebagainya .Selepas kos Terapi Rawatan Spiritual saya periksa dan saya terima , e – mail dan pesanan anda akan segera saya proses .

NOTA KHAS:
• Bayaran Terapi Rawatan Spiritual yang telah dimasukkan ke dalam akaun maybank saya tidak boleh ditarik kembali.
• Semua e-mel yang masuk dan telah melakukan pembayaran, pasti saya jawab.

NB :
Bila ingin konsultan Spiritual secara langsung dengan saya Kos Pendaftaran RM30, - dan Bayaran Terapi Rawatan Spiritual mengikut Bayaran yang telah ditetapkan dalam Program/Rawatan, -/jom silakan datang langsung ke alamat: No.1,Taman Sendayan Indah,Jalan Depo,93050 Petra Jaya Kuching, Sarawak. Malaysia

1 ulasan:

Aina Akila berkata...

Salam ibu nak tanya bagaimana nak kesan susuk dalam muka dan badan ibu masih ada - Dr boleh scan dan jika ada boleh rawat ibu ke dan berapa maharnya Sekian Tkasih

Catat Ulasan